Pengurusan Pembelajaran Topik 1: Mengurus Pembelajaran by Nurul istiqamah Binti azmi on Scribd
Mengurus adalah satu alat yang penting bagi
mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar,
maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran.
Malah, akan meningkatkan akademik pelajar. Seterusnya, Gagnes dan Binggs
mendefinisikan bahawa pembelajaran adalah satu rangkaian events ( kejadian,
peristiwa ,keadaan dan sebagainya) yang sengaja dirancang untuk mempengaruhi
pelajar sehingga proses belajar dapat berjalan dengan mudah. Pembelajaran
adalah satu kombinasi tersusun meliputi unsur-unsur manusiawi,material,
fasiliti dan prosedur yang saling mempengaruhi bagi mencapai tujuan
pembelajaran.
Objektif mengurus
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru ialah untuk memastikan proses
pembelajaran yang dialami oleh para pelajar di sekolah berlangsung dengan
sempurna seterusnya dapat membentuk tingkah laku yang positif dalam kalangan
pelajar. Selain itu, bagi memastikan guru-guru telah bersedia sepenuhnya untuk
mengadakan proses pembelajaran di dalam kelas, sekolah atau di mana-mana
kawasan yang kondusif bagi melangsungkan proses pembelajaran bahkan untuk
meningkatkan murtu pembelajaran di sekolah agar perunahan struktur mental
pelajar adalah menjurus kea rah yang lebih baik dari sebelumnya.
Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru menggunakan pelbagai bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasil ataupun objektif tercapai. Justeru terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh guru iaitu guru tidak dapat membuat persediaan sepenuhnya sebelum PdPc bermula. Hal ini kerana apabila seseorang guru tidak bersedia untuk mengajar, sudah pasti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berjalan tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana tidak membuat persediaan dengan rapi. Malahan guru tidak berupaya merancang pembelajaran dengan sebaik mungkin sehingga menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan efektif
Terdapat beberapa isi
penting yang kami pelajari dalam topik mengurus pembelajaran ini. Antaranya
ialah gaya pembelajaran yang digunakan oleh guru secara efektif. Antaranya
ialah guru menggunakan platform capaian internet seperti Flipped Classroom dan
Google Classroom yang mana semua ini berpusatkan kepada pelajar. Flipped Classroom
seperti yang kita ketahui merupakan satu kaedah pembelajaran abad ke-21 yang
disediakan kepada pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum
pembelajaran dalam kelas berlangsung.
Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru menggunakan pelbagai bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasil ataupun objektif tercapai. Justeru terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh guru iaitu guru tidak dapat membuat persediaan sepenuhnya sebelum PdPc bermula. Hal ini kerana apabila seseorang guru tidak bersedia untuk mengajar, sudah pasti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berjalan tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana tidak membuat persediaan dengan rapi. Malahan guru tidak berupaya merancang pembelajaran dengan sebaik mungkin sehingga menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan efektif
Tambahan pula, dari
aspek ini murid tidak terlalu bergantung pada arahan guru semata-mata dalam
proses pembelajaran. Hal ini bermakna murid itu sendiri akan bergerak mengikut
panduan dan nasihat yang diberikan oleh guru. Aktiviti yang dijalankan tidak
smestinya berlaku di dalam kelas sahaja. Malah guru boleh melakukan aktiviti di
luar kelas untuk menarik minat pelajar melakukan aktiviti. Setiap guru perlu
melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam PdPc supaya murid dapat
menerima sesuatu pembelajaran itu.
Kesimpulannya, mengurus pembelajaran
membincangkan perkara berkaitan dengan bagaimana pengurusan seorang guru
memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru dapat menggunakan masa
dengan baik untuk mengelak daripada menggunakan masa tambahan semasa sesi
pengajaran dijalankan. Pengurusan pembelajaran mestilah mengikut Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, guru sebagai
fasilitator atau pemerhati yang bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan
pelajar secara menyeluruh selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21).
Pembelajaran perlu dititikberatkan oleh setiap orang guru bagi memastikan
setiap pengajaran dan pembelajaran itu mencapai objektif pengajaran.Pelaksanaan
pembelajaran kearah kendiri sebagai satu kaedahpengajaran dan pembelajaran
sememangnya bersesuaian dan bertepatan sekali dengan usaha kea rah memantapkan
kemahiran abad ke -21 dalam kalangan pelajar di Malaysia.Pengurusan ini juga
penting untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan kecil antara guru kerana rakan
sejawat telah menggunakan masanya.Bagi mengelakkan perkara itu,guru perlulah
merancang terlebih dahulu rancangannya itu sebelum masuk ke dalam bilik darjah
dan memulakan pengajaran.
RUJUKAN
■ Mook Soon Sang,1997,Pedagogi 3:Pengujian dan
Penilaian, pemulihan,pengayaan dan pendidikan inklusif,Kumpulan Budiman SDN BHD
Kuala Lumpur.
■
J.Drost,1999,Proses Pembelajaran Sebagai Proses
Pendidikan,Penerbit PT Grasindo.
■
Christopher Bowling-Carr & John
West-Burnham,penterjemah:Annuar Ayub, Institusi Terjemahan Negara Malaysia
Berhad Kuala Lumpur.
■
Gilbert highet,1981,Seni Mengajar, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
■
Abu Ahmad Drs.H & Nur Uhbiyati
Dra,1991,Ilmu Pendidikan,Penerbit Rineka Cipta
■
Soetjipto Prof & Raflis Kosasi
Drs,2004,Profesion Keguruan, Penerbit Rineka Cipta
■
Kevin Hawkins,2017, mindful teacher,mindful
school:improving well being in teaching & learning/www.sagepublishing.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan