MENGURUS PEMBELAJARAN

Pengurusan Pembelajaran Topik 1: Mengurus Pembelajaran by Nurul istiqamah Binti azmi on Scribd



     
Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar, maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran. Malah, akan meningkatkan akademik pelajar. Seterusnya, Gagnes dan Binggs mendefinisikan bahawa pembelajaran adalah satu rangkaian events ( kejadian, peristiwa ,keadaan dan sebagainya) yang sengaja dirancang untuk mempengaruhi pelajar sehingga proses belajar dapat berjalan dengan mudah. Pembelajaran adalah satu kombinasi tersusun meliputi unsur-unsur manusiawi,material, fasiliti dan prosedur yang saling mempengaruhi bagi mencapai tujuan pembelajaran.


Objektif mengurus pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru ialah untuk memastikan proses pembelajaran yang dialami oleh para pelajar di sekolah berlangsung dengan sempurna seterusnya dapat membentuk tingkah laku yang positif dalam kalangan pelajar. Selain itu, bagi memastikan guru-guru telah bersedia sepenuhnya untuk mengadakan proses pembelajaran di dalam kelas, sekolah atau di mana-mana kawasan yang kondusif bagi melangsungkan proses pembelajaran bahkan untuk meningkatkan murtu pembelajaran di sekolah agar perunahan struktur mental pelajar adalah menjurus kea rah yang lebih baik dari sebelumnya.
Terdapat beberapa isi penting yang kami pelajari dalam topik mengurus pembelajaran ini. Antaranya ialah gaya pembelajaran yang digunakan oleh guru secara efektif. Antaranya ialah guru menggunakan platform capaian internet seperti Flipped Classroom dan Google Classroom yang mana semua ini berpusatkan kepada pelajar. Flipped Classroom seperti yang kita ketahui merupakan satu kaedah pembelajaran abad ke-21 yang disediakan kepada pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum pembelajaran dalam kelas berlangsung.

Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru menggunakan pelbagai bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasil ataupun objektif tercapai. Justeru terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh guru iaitu guru tidak dapat membuat persediaan sepenuhnya sebelum PdPc bermula.          Hal ini kerana apabila seseorang guru tidak bersedia untuk mengajar, sudah pasti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berjalan tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana tidak membuat persediaan dengan rapi. Malahan guru tidak berupaya merancang pembelajaran dengan sebaik mungkin sehingga menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan efektif
Tambahan pula, dari aspek ini murid tidak terlalu bergantung pada arahan guru semata-mata dalam proses pembelajaran. Hal ini bermakna murid itu sendiri akan bergerak mengikut panduan dan nasihat yang diberikan oleh guru. Aktiviti yang dijalankan tidak smestinya berlaku di dalam kelas sahaja. Malah guru boleh melakukan aktiviti di luar kelas untuk menarik minat pelajar melakukan aktiviti. Setiap guru perlu melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam PdPc supaya murid dapat menerima sesuatu pembelajaran itu.










Kesimpulannya, mengurus pembelajaran membincangkan perkara berkaitan dengan bagaimana pengurusan seorang guru memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru dapat menggunakan masa dengan baik untuk mengelak daripada menggunakan masa tambahan semasa sesi pengajaran dijalankan. Pengurusan pembelajaran mestilah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, guru sebagai fasilitator atau pemerhati yang bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21). Pembelajaran perlu dititikberatkan oleh setiap orang guru bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran itu mencapai objektif pengajaran.Pelaksanaan pembelajaran kearah kendiri sebagai satu kaedahpengajaran dan pembelajaran sememangnya bersesuaian dan bertepatan sekali dengan usaha kea rah memantapkan kemahiran abad ke -21 dalam kalangan pelajar di Malaysia.Pengurusan ini juga penting untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan kecil antara guru kerana rakan sejawat telah menggunakan masanya.Bagi mengelakkan perkara itu,guru perlulah merancang terlebih dahulu rancangannya itu sebelum masuk ke dalam bilik darjah dan memulakan pengajaran.




RUJUKAN
■      Mook Soon Sang,1997,Pedagogi 3:Pengujian dan Penilaian, pemulihan,pengayaan dan pendidikan inklusif,Kumpulan Budiman SDN BHD Kuala Lumpur.
      J.Drost,1999,Proses Pembelajaran Sebagai Proses Pendidikan,Penerbit PT Grasindo.
      Christopher Bowling-Carr & John West-Burnham,penterjemah:Annuar Ayub, Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad Kuala Lumpur.
      Gilbert highet,1981,Seni Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
      Abu Ahmad Drs.H & Nur Uhbiyati Dra,1991,Ilmu Pendidikan,Penerbit Rineka Cipta
      Soetjipto Prof & Raflis Kosasi Drs,2004,Profesion Keguruan, Penerbit Rineka Cipta
      Kevin Hawkins,2017, mindful teacher,mindful school:improving well being in teaching & learning/www.sagepublishing.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan